美文网首页
2022-02-28

2022-02-28

作者: 简忞 | 来源:发表于2022-02-28 23:58 被阅读0次

    今天也是一整天在工作,并不是偷懒,而是一直在书写和修改前两天写的作文。

    Langkah-langkah untuk Memupuk 培养 / Meningkatkan 提升Semangat Patriotik

    【简易版】

    Pendahuluan

    Kebelakangan ini, 标题 semakin menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat kita. 标题 merupakan 标题的解释. Contohnya, 给 2-3个例子 . Oleh itu, kita mestilah mementingkan 标题 .

    Kebelakangan ini, <u>semangat patriotik</u> semakin menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat kita. ==【意思】==Menurut kamus 根据字典, <u>semangat patriotik</u> merupakan <u>perasaan 感情 cinta yang kuat 强烈的terhadap 对于 tanah air 出生的国家</u>. Contohnya, <u>==berdiri tegak== 站直 semasa menyanyikan 唱 lagu 歌曲 Negaraku / menghormati 尊敬 ==lagu kebangsaan== 国歌. Tepuk dada tanya selera 拍拍胸口问问自己 persoalannya 问题是, apakah <u>langkah-langkah untuk memupuk / meningkatkan semangat patriotik</u>?

    Isi

    Secara amnya, 层面1 berperanan penting dalam isu 标题 . Hal ini dikatakan demikian kerana 层面1 dapat/ telah 做了什么事 . Contohnya, 给 1 个例子 . Maka, 例子带来的影响 . Dengan itu, 层面1 perlulah 做什么事 .

    Isi / Idea Secara amnya, <u>ibu bapa</u> berperanan penting bagi <u>memupuk / meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja / masyarakat</u>.
    Mengapa / Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana <u>melentur 弯曲 buluh 竹子 biarlah dari 从 rebungnya 它的苗 = 要从小教导孩子(谚语).</u>
    Bagaimana Mereka haruslah <u>menjadi teladan</u> 榜样 dan <u>mendidik 教导 anak-anak mereka tentang kepentingan</u> semangat patriotik sejak kecil lagi.
    Contoh Contohnya, <u>ibu bapa boleh membaca cerita pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak.</u>
    Kesan Maka / Dengan ini, <u>anak yang bijak dapat dipupuk nilai cinta akan negara</u>.
    Penegas Oleh itu / Tuntasnya, <u>ibu bapa</u> perlulah <u>memainkan peranan 扮演……角色 mereka untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja dari segi 角度 kekeluargaan 家庭</u>.<br /><br /><u>ibu bapa</u> perlulah <u>melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka tentang semangat patriotik dari segi 角度 kekeluargaan 家庭</u>.
    Isi / Idea Selain itu, <u>pihak sekolah</u> juga berperanan penting untuk <u>memupuk / meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja / masyarakat</u>.
    Mengapa / Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana <u>pelajar</u> akan <u>meningkatkan semangat patriotik selepas menguasai 掌握 subjek sejarah</u> .
    Bagaimana
    Contoh Contohnya, <u>guru sejarah boleh mengadakan kuiz sejarah di sekolah.</u>
    Kesan Maka / Dengan ini, <u> semangat patriotik dapat ditanam 种下 /disemai 播种 dalam diri pelajar sejak di bangku sekolah</u> 从小.
    Penegas Oleh itu / Tuntasnya, <u>phak sekolah</u> hendaklah <u>mementingkan tanggungjawab mereka untuk menyemai 播种 perasaan cinta akan negara dalam kalangan pelajar</u>.
    Isi / Idea Di samping itu, <u>pihak kerajaan</u> juga memainkan peranan yang penting untuk <u>memupuk / meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja / masyarakat</u>.
    Mengapa / Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana <u>pihak kerajaan</u> boleh <u>mengadakan 举办 kempen 运动 cintai negaraku</u>.
    Bagaimana
    Contoh Contohnya, <u>program 活动项目 dan lagu 歌曲 berunsur 包含……元素 patriotik disiarkan 被播放 pada ==bulan kebangsaan==国庆月.</u>
    Kesan Maka / Dengan ini, <u>kesedaran tentang kepentingan semangat patriotik akan timbul dalam kalangan rakyat Malaysia</u>.
    Penegas Oleh itu / Tuntasnya, <u>pihak kerajaan</u> haruslah <u>mengutamakan 重视 tugas mereka ini untuk menwujudkan 实现 masyarakat yang harmoni dan sejahtera di negara kita</u>.
    Isi / Idea Di samping itu, <u>media massa 媒体</u> juga dapat <u>memupuk / meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja / masyarakat</u>.
    Mengapa / Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana <u>stesen televisyen 电视台, media cetak 印刷媒体(报纸、杂志) dan media elektronik 电子媒体(网络、社交平台) merupakan medium 管道 penyampai 传达资讯的人 yang utama 主要 kepada masyarakat hari ini.</u>
    Bagaimana
    Contoh Contohnya, <u>media massa boleh membuat 做 / menyiarkan播放 dokumentari 纪录片 patriotik.</u>
    Kesan Maka / Dengan ini, <u>kesedaran tentang nilai 价值观 patriotik dapat diberikan kepada kalangan remaja / masyarakat</u>.
    Penegas Oleh itu / Tuntasnya, <u>media massa</u> haruslah <u>bertanggungjawab untuk meningkatkan / mengekalkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat kita</u>.

    Penutup

    Kesimpulannya, 标题 memang penting dan mesti diutamakan dalam masyarakat kita. Semua pihak perlulah bekerjasama untuk 动词+标题 , terutamanya 哪个层面 . Misalnya, 从那个层面的内容中找出一个例子 . Dengan itu, 标题 sudah pasti dapat dipupuk 被培养/ ditangani 被解决 di negara kita.

    Kesimpulannya, <u>semangat patriotik</u> memang penting dan mesti diutamakan dalam masyarakat kita. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk <u>memupuk semangat patriotik</u>, terutamanya <u>pihak kerajaan</u>. Misalnya, <u>pihak kerajaan mengadakan kempen yang berkaitan</u>. Dengan itu, <u>semangat patriotik</u> pasti dapat dipupuk di negara kita supaya masyarakat kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

    【加分版】

    Memang tidak dapat disangkalkan 被否认 bahawa semangat patriotik mesti disemai dalam jiwa setiap warganegara Malaysia. 【意思】Semangat patriotik dapat ditakrifkan 被定义(被解释为) sebagai perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap tanah air serta sanggup berkorban demi menjaga kepentingan negara. Setiap anggota masyarakat seyogianya mencintai tanah air dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita. Walaubagaimanapun, semangat patriotik tidak begitu utuh 强而无损的 dalam kalangan remaja hari ini. Hal ini amat membimbangkan pelbagai pihak, terutamanya para pemimpin negara kerana remaja merupakan golongan rakyat yang bakal mewarisi tampuk最高的(领袖) pemerintahan negara. "Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya 一定的 aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup 翻倒 tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan 震动 dunia.“ Bait-bait 两行诗 susunan retorik 修辞 yang penuh puitis 诗意的 daripada mantan 前任 Presiden Indonesia, Soekarno menggambarkan kepentingan remaja dalam pentadbiran sesebuah negara. Kebanyakan remaja tidak mempunyai semangat patriotik kerana mereka telah dilahirkan di sebuah negara yang sudah mengenal erti kebebasan. Oleh hal yang demikian, mereka tidak dapat memahami kesusahan dan pengorbanan para nasionalis 民族主义者 dahulu untuk mencapai kemerdekaan. Mereka juga tidak mengalami penindasan 压迫 oleh tentera Jepun seperti yang dihadapi oleh rakyat Tanah Melayu pada tahun 1942. Meskipun remaja diajar mata pelajaran Sejarah dalam sukatan 课纲 sekolah, mereka tidak mendapat impak yang besar kerana tidak hidup pada era tersebut. Kesannya ialah kedaulatan 统治主权,主要地位 negara akan tergugat 受到震荡 pada masa depan. Hasil ekonomi negara juga akan dieksploitasi 被剥削利用 oleh kuasa asing. Persoalan yang sering bermain di benak 骨髓,脑 orang ialah apakah langkah-langkah pelbagai pihak untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja?

    【段落第一个 Isi 的 Penanda Wacana】Bunga cendana(檀香木), bunga teratai(莲花), idea pertama pembuka tirai 帷幕. Sudah terang lagi bersuluh bahawa langkah utama pihak kerajaan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja adalah menggalakkan remaja menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Hal ini dikatakan demikian kerana tentatif 暂时 program ini dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawad kaki 操步, kursus menembak 射击 dan aktiviti berkumpulan. Program ini dianjurkan khususnya bagi para lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Pihak kerajaan mesti berusaha menarik minat remaja untuk melibatkan diri dalam program ini. Misalnya, pihak kerajaan harus menghantar wakil kerajaan ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan program ini kepada para remaja. Wakil tersebut mesti menyediakan skrip 稿子 pembentangan 说明 yang menarik supaya mengambil perhatian remaja. Bukan itu sahaja, malah pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen ” Sertailah Program Latihan Khidmat Negara”. Kempen ini wajar diadakan secara besar-besaran di setiap negeri. Implikasinya, remaja dapat mempelajari pelbagai nilai-nilai murni daripada program ini seperti nilai bertanggungjawab, nilai bekerjasama dan nilai hormat-menghormati. Remaja juga dapat merasakan semangat tokoh-tokoh dahulu yang berjuang demi mempertahankan tanah tumpah darah (同 tanah air 的意思,国歌第一句) mereka. Semangat mereka yang berkobar-kobar 熊熊燃烧的 akan turut mengalir dalam darah para remaja. Semangat patriotik ini pula dapat digunakan oleh remaja ke arah positif seperti bekerja keras untuk memajukan negara bak kata pepatah belum suruh sudah pergi, belum panggil sudah datang. Program ini juga akan menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan untuk memikul tanggungjawab ini. Izharlah (清楚,与 jelaslah 同义) bahawa, pihak kerajaan sewajarnya menggalakkan remaja untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara bagi meningkatkan semangat patriotik mereka.

    Bertitik tolak daripada itu(从上述要点移开), langkah yang dapat diambil oleh pihak sekolah pula bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja adalah menganjurkan program dan menubuhkan persatuan yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pihak sekolah semestinya mengadakan ‘ Bulan Kemerdekaan’ pada setiap bulan Ogos, bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Program ini terdiri daripada pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan menyedarkan remaja tentang kemaslahatan merdeka. Tamsilnya, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan bercerita, forum, pertandingan menulis esei, pertandingan mencipta video dan pertandingan fotografi yang berkaitan dengan patriotisme. Semua aktiviti ini dapat merangsang 刺激 minat remaja untuk mempelajari tentang peristiwa kemerdekaan dengan lebih lanjut. Bukan itu sahaja, malah peristiwa kemerdekaan akan segar dalam minda remaja. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ‘ tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ . Lebih-lebih lagi, pihak sekolah wajar menubuhkan persatuan yang berkaitan dengan patriotisme. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja lebih cenderung mempelajari perkara baharu secara berkumpulan berbanding dengan secara sendirian. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sejarah dan persatuan patriotisme. Ahli-ahli persatuan sejarah boleh menonton filem patriotik. Penggambaran ==perit 痛苦 getir== 苦辣的痛苦 para pejuang kemerdekaan negara pasti mengajar mereka erti bersyukur atas nikmat kemerdekaan. Ahli-ahli persatuan patriotisme pula melakukan perancangan untuk sambutan ‘Bulan Kemerdekaan’ pada peringkat sekolah. Pendek kata, salah satu langkah pihak sekolah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja adalah menganjurkan program dan menubuhkan persatuan yang berkaitan dengan kemerdekaan.

    Jika kita tinjau 观察 dari sudut yang lain, pihak yang harus memikul tugas meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja ialah pihak ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama remaja. Anak-anak itu ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Ibu bapa sebagai tunjang 根茎 utama negara mesti mengambil langkah menanam kesedaran patriotik dalam jiwa remaja sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya remaja didedahkan kepada ilmu sejarah sejak kecil, mereka akan menyimpan ilmu ini sehingga menjejaki alam dewasa. Misalnya, ibu bapa perlu membiasakan anak-anak dengan cerita rakyat yang berunusurkan sejarah. Hal ini adalah lebih baik daripada menceritakan mereka tentang kisah-kisah dongeng 传说,故事(cerita 近义词) dari negara Barat. Ibu bapa juga mesti memperkenalkan tokoh-tokoh berjasa kepada anak-anak seperti Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Dol Said dan Dato’ Bahaman. Sebagai contoh yang lain, ibu bapa mesti menjadi teladan baik kepada anak-anak dengan membawa anak-anak menghayati perarakan kemerdekaan saban tahun di Dataran Merdeka. Ibu bapa juga boleh membawa keluarga melawat tempat bersejarah seperti Kota A’ Famosa, Melaka pada musim cuti sekolah. Hal ini dapat membantu remaja memahami susah payah yang dihadapi oleh nenek moyang mereka. Natijahnya, remaja akan turut mengikut teladan ibu bapa apabila sudah mempunyai keluarga sendiri pada masa depan, bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Usaha ibu bapa itu dapat mengajar anak-anak untuk lebih mengenali warisan dan budaya negara kita supaya tidak hilang ditelan zaman. Jelaslah bahawa, penanaman kesedaran patriotik dalam jiwa remaja sejak kecil lagi oleh ibu bapa dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.

    Selanjutnya, pihak yang memainkan peranan mustahak 重要(penting, signifikan 近义词) dalam meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja ialah pihak media massa. Pihak media massa harus mengambil langkah menyiarkan rancangan, program dan memuatnaik 上载(upload) buku elektronik berkaitan dengan nilai cinta akan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap golongan remaja masa kini. Hal ini disebabkan oleh remaja yang lazim meluangkan masa menggunakan telefon pintar, menonton televisyen atau melayari ==laman sesawang== 网页. Remaja hari ini lebih cenderung 倾向于 membaca buku elektronik daripada membaca buku sebenar. Tamsilnya, media massa mesti menayangkan 放映(menyiarkan 近义词) filem yang berkaitan dengan semangat patriotik seperti ‘Bukit Kepong’, ‘ Paloh’, ‘ Leftenan Adnan’ dan ‘ Malay Regiment’. Filem-filem ini boleh ditayangkan di televisyen pada waktu petang supaya boleh ditonton oleh remaja selepas pulang dari sekolah. Televisyen juga boleh menyiarkan dokumentari 纪录片 patriotik. Akibatnya, remaja dapat meningkatkan rasa kebanggaan menjadi warganegara Malaysia di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Satu contoh lain ialah media massa boleh memuatnaik buku-buku elektronik tentang tokoh negara ke laman sesawang. Kesannya, remaja dapat mengakses 获取(access) buku-buku tersebut dengan mudah serta membacanya di mana-mana tempat mereka berada. ==Remaja juga dapat berkongsi buku tersebut dengan rakan-rakannya melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan ‘Facebook’== (同学本身常用的 huraian 的马来文写法参考). Filem dan buku patriotik ini dapat memupuk nilai kesyukuran dalam diri remaja dan menyedarkan remaja bahawa hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Izharnya, langkah yang mesti diambil oleh pihak media massa untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja adalah menyiarkan rancangan, program dan memuatnaik buku elektronik berkaitan dengan nilai cinta akan negara.

    Tuntasnya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Kita tidak boleh mengharapkan satu pihak semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memastikan semangat patriotik dalam kalangan remaja ditingkatkan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani secara bijak dan berhemat ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak, sudah pasti usaha untuk membentuk remaja yang berpatriotik dan mencintai tanah air akan menjadi angan-angan Mat Jenin. Jika hal ini dibiarkan berlarutan 延长 maka tidak hairanlah impian negara untuk menjadi negara yang disanjungi oleh mata dunia tidak kesampaian 达到. Diharapkan komitmen daripada semua rakyat Malaysia dapat memastikan remaja kita menjadi netizen 网民 (英文字 Internet + citizen) yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara serta bijak mengatur strategi 策略,方法 menempa 创造 nama Malaysia di persada dunia supaya negara kita menjadi ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara asing. Remaja yang menjadi tulang belakang dan generasi pelapis 接班人 negara pada masa hadapan diharapkan mempunyai jati diri yang mantap untuk menangkis 击退(攻击) anasir-anasir(不良)分子 negatif yang mengancam 侵害 kedaulatan 统治主权 negara. Jika kumpulan generasi ini dapat dilahirkan, sudah pasti mereka dapat menjadi kebanggaan masyarakat dan negara hingga puncak antarabangsa.

    相关文章

      网友评论

          本文标题:2022-02-28

          本文链接:https://www.haomeiwen.com/subject/mctdrrtx.html